Posts

SEMBANG PRU 5

“Hebat aku tengok kau berkempen kali ini, Leha?” Tegur Nita sambil mengisi barang-barang yang baru dibelinya di pasar ke dalam bonet keretanya. “Mestilah, Nita. Kita kena pastikan kerajaan yang kita pilih nanti mampu membuat perubahan yang menguntungkan rakyat macam kita ni,” Syarah Leha bersemangat. Melihat Nita tidak menjawab, dia menambah, “Tadi pun kau bersungut barang semua mahal. Kita wajib pastikan kerajaan yang bakal kita pilih mampu menangani masalah yang kita hadapi sekarang. Jangan beri peluang kepada kerajaan yang sama, yang tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah rakyat.” Nita tetap mengunci mulut dan terus menyusun barang-barangnya. “Diam je kau Nita? Setuju tak apa yang aku cakap tu?”  Leha selesai mengisi barang-barangnya. Dia menutup bonet kereta dan menapak mendekati Nita. Nita menoleh. Mata mereka bertembung. Leha mengangkat dagu bagai mengulangi soalannya. “Betul apa yang kau cakap tu, Leha. Aku setuju. Tapi, aku ada masalah sikit, Leha…” Jawab Nita dengan suara

SEMBANG PRU 3

Kiah mengetuk pintu sambil memanggil-manggil, “Leha, Leha! Assalamu’alaikum!” Leha meluru ke pintu seraya menjawab salam. Dia membuka pintu, lantas terpandang Kiah yang tercegat di hadapan. Dia menegur, “kenapa, Kiah? Kenapa cemas sangat macam kena kejar dik harimau?” “Bagilah aku masuk dulu. Banyak nak cerita ni!” “Ye, lah. Silakan puan!” Leha membuka pintu seluasnya untuk Kiah masuk. Kiah masuk, duduk dan menarik nafas. Leha ke dapur, mengambil segelas air kosong untuk Kiah. “Nah minum dulu…” Kiah mengambil gelas berisi air dari tangan Leha, lantas meneguknya. Leha tersenyum memerhati gelagat Kiah. “Sekarang dah boleh cerita?” tegur Leha diiringi tawa kecil. Kiah ikut tertawa. “Aku dah tengok video Tuan Guru yang kau cerita semalam.” Kiah mula bersuara. “Itu yang buat kau cemas?” Leha tertawa lagi. “Bukan cemas, Leha. Otak aku ni makin bingung, makin keliru…” “Iye ke? Kesian aku tengok kawan aku ni…” “Nasib baik ada jiran yang baik macam kau, yang sentiasa bersedia mendengar suara ha

SEMBANG PRU 2

“Leha, bila kita nak sembang pasal ciri pemimpin yang kita nak pilih dalam PRU nanti?” Kiah bersuara di hujung talian selepas Leha menjawab salamnya. “Sabarlah, Kiah. Hari mengundi belum ditentukan, calon-calon pun belum diumumkan lagi…” balas Leha dengan tenang. “Tapi… aku ni tambah bingung, Leha…” Kiah tidak puas hati dengan jawapan Leha. “Bingung apa lagi? Kau ni, macam-macam!” “Kau tak tengok ke kenyataan yang dikelaurkan oleh presiden parti Islam hari ni?” “Belum. Kenapa dengan kenyataannya?” “Dia nak bersama dengan PN!”  “Apa yang kau hairan? Dia kan dah bersama dengan PN sejak langkah Sheraton?” “Itu yang aku hairan, macam mana dia boleh letak kepercayaan kepada orang yang pernah mengkhianati perjanjian? Kalau Mahyudin boleh khianati PH, apakah tidak mustahil dia akan khianati PAS?” “Kiah, kau tahu tak siapa yang sokong Mahyudin mungkiri perjanjiannya dengan PH?” “Siapa?” “Dialah!” “Tuan Guru? Biar betul, Leha!” bantah Kiah seperti tidak percaya. “Dia sendiri yang cakap…” “Bila?

SEMBANG PRU 1

“Hey… bingunglah!!!” rungut Kiah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.” “Bingung apa pulak, Kiah?” sahut Leha. Tangannya laju meneruskan kerja menyidai kain basuhan di ampaian.  “Tak lama lagi PRU. Kena undi lagi.” Jelas Kiah. Dia melangkah lebih rapat dengan pagar yang memisahkan antara rumahnya dengan dengan rumah Leha. “Apa nak bingungnya? Undilah!” Balas Leha seperti belum menangkap apa yang berligar dalam fikiran Kiah. “Kau senang cakap. Orang tengah bingung nak undi yang mana?” Leha ketawa kecil mendengar keluhan Kiah. “Eh! Ketawa pulak? Orang betul-betul bingung ni, tau?” Tingkah Kiah tak puas hati dengan gelagat Leha yang mentertawakannya. “Kiah, kita bukan disuruh pilih benda rahsia dalam kotak yang dibalut dan diikat dengan tali yang disimpul mati…” “Maksud kau…?” “Calon-calon yang bertanding tu kita boleh tahu serba serbi tentangnya: latar belakang, keluarga, kelulusan, kepakaran, pengalaman, manifesto yang dikemukakan, dengan siapa dia berkerjasama, macam-macam l

DIALOG MAKCIK KIAH DENGAN KAWAN-KAWAN

  MakCikKiah (MCK) : Tipah, suami awak pernah tak bagi tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka makan? MakCikTipah (MCT) : (Termenung seketika, kemudian berkata dengan memek muka yang berkerut-kerut) : seingat saya, tak pernah. Apa-apa yang saya masak dia melantak je. MCK : habis tu, macam mana awak tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka? MCT : saya tengok pada cara dia makan lah. Kalau nampak berselera dan menambah-nambah tu, maknanya dia suka. Kalau nampak slow dan tak minta tambah, maknanya tak suka lah tu. MakCikLeha (MCL) : (yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyampuk) mana yang lebih senang untuk kita, dia bagi tahu siap-siap atau kita agak-agak sendiri macam Tipah tu? MCT : tentulah kalau bagi tahu awal-awal tu lebih senang untuk kita. Tak payah nak fikir dan cuba itu ini. Buat aje apa yang dia suka. MCK mengangguk-angguk tanda setuju. MCL : awak tahu tak? Sebenarnya itulah yang Allah SWT lakukan. Dia telah senaraikan semua yang Dia suka dan semua yang Dia tida

MENYERAHKAN TUGASAN KEPADA YANG LAYAK

“Assalamu’alaikum…” Ustaz Nasir memulakan kuliah subuhnya dengan memberi salam kepada beberapa orang Jemaah yang duduk berjauhan antara satu sama lain kerana mematuhi SOP. “Wa’alaikumus-salam…” jawab mereka serentak dengan nada yang perlahan. “Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun dalam suasana PKP kita masih boleh teruskan kuliah kita seperti biasa. Mudah-mudahan Allah redha kepada kita dan angkat bencana yang menimpa seluruh dunia ini dengan segera…” “Aamiin…” sahut para jemaah. “Apa tajuk kuliah pagi ini, Ustaz?” soal Haji Saleh. “In syaa Allah kita akan sambung tafsir surah an-Nisaa’. Siapa masih ingat, minggu lepas kita berhenti pada ayat ke berapa?” “Ayat ke-4, Ustaz.” Burhan menyahut dengan pantas. “Bagus. Jadi, hari ini kita sambung ayat ke-5.” Ustaz Nasir membaca ayat ke-5 dan membaca terjemahannya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada sufahaa’ akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pe

BERBOHONG DIHARAMKAN KE ATAS ORANG AWAM SAHAJA?

  “Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah, in syaa Allah pada pagi ini kita sambung pengajian Kitab Riadhus-Solihin bab haram berbohong” Ustaz Nasir memulakan kuliah dhuhanya selepas memberi salam, memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sebagaimana kebiasaan penceramah dan pengkuliah memulakan penyampaian mereka.   Lalu beliau membacakan hadis-hadis berkaitan dengan haram berbohong serta siksaan yang bakal diterima oleh mereka yang berbohong di akhirat kelak.   Antara hadis yang dibacakan ialah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:  “Sesiapa yang berkata dia bermimpi dengan sesuatu mimpi padahal dia tidak bermimpi, diperintahkan supaya dia mengikat, mencantumkan antara dua biji gandum, namun dia tidak mungkin dapat melakukannya.....”   “Hadis ini mengenai orang yang berbohong mereka-reka mimpi. Biasanya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai kepada dirinya atau supaya orang ramai lebih percaya kepada cakap