SEMBANG PRU 2


“Leha, bila kita nak sembang pasal ciri pemimpin yang kita nak pilih dalam PRU nanti?” Kiah bersuara di hujung talian selepas Leha menjawab salamnya.

“Sabarlah, Kiah. Hari mengundi belum ditentukan, calon-calon pun belum diumumkan lagi…” balas Leha dengan tenang.

“Tapi… aku ni tambah bingung, Leha…” Kiah tidak puas hati dengan jawapan Leha.

“Bingung apa lagi? Kau ni, macam-macam!”

“Kau tak tengok ke kenyataan yang dikelaurkan oleh presiden parti Islam hari ni?”

“Belum. Kenapa dengan kenyataannya?”

“Dia nak bersama dengan PN!” 

“Apa yang kau hairan? Dia kan dah bersama dengan PN sejak langkah Sheraton?”

“Itu yang aku hairan, macam mana dia boleh letak kepercayaan kepada orang yang pernah mengkhianati perjanjian? Kalau Mahyudin boleh khianati PH, apakah tidak mustahil dia akan khianati PAS?”

“Kiah, kau tahu tak siapa yang sokong Mahyudin mungkiri perjanjiannya dengan PH?”

“Siapa?”

“Dialah!”

“Tuan Guru? Biar betul, Leha!” bantah Kiah seperti tidak percaya.

“Dia sendiri yang cakap…”

“Bila?” soal Kiah seperti orang kebingungan.

“Aku baru tengok video terbarunya menjelaskan kenapa dia tolak PH dan tangguh kerjasama dengan UMNO.” Jelas Leha.

“Macam susah nak percaya. Dia kata nak tegakkan Islam. Kenapa dia tergamak sokong orang yang memungkiri perjanjian? Bukankah memungkiri perjanjian itu dilarang oleh Islam?” Kiah mendengus.

“Itulah, Kiah. Kita tidak boleh nilai seseorang pada kata-katanya sahaja. Kena tengok juga apa yang dia buat. Imam Malik pernah berkata: “Setiap orang boleh diterima kata-katanya dan boleh ditolak kecuali pemilik kubur ini (sambil beliau tunjuk maqam Rasulullah SAW) yang maksum.” Syarah Leha panjang lebar.

Syarahan Leha disambut Kiah dengan keluhan.

“Kenapa mengeluh, Kiah?”

“Entahlah, Leha… lain kalilah kita sambung… aku rasa peninglah! Assalamu’alaikum!” Kiah tergesa-gesa mematikan telefon bimbitnya seperti orang yang berada dalam kecemasan dikejar musuh. Dia benar-benar rasa terkilan apabila diberitahu orang yang sering bercakap tentang Islam, tetapi bersekongkol dengan orang yang mengkhianati perjanjian. Walaupun alasannya nak jatuhkan PH yang dikatakan teruk, namun sukar baginya untuk menerima tindakan tersebut kerana apa yang difahaminya selama ini, Islam tidak menerima konsep “matlamat menghalalkan cara”! 


Comments

Popular posts from this blog

BERBOHONG DIHARAMKAN KE ATAS ORANG AWAM SAHAJA?

SEMBANG PRU 1