SEMBANG PRU 1
“Hey… bingunglah!!!” rungut Kiah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.”
“Bingung apa pulak, Kiah?” sahut Leha. Tangannya laju meneruskan kerja menyidai kain basuhan di ampaian.
“Tak lama lagi PRU. Kena undi lagi.” Jelas Kiah. Dia melangkah lebih rapat dengan pagar yang memisahkan antara rumahnya dengan dengan rumah Leha.
“Apa nak bingungnya? Undilah!” Balas Leha seperti belum menangkap apa yang berligar dalam fikiran Kiah.
“Kau senang cakap. Orang tengah bingung nak undi yang mana?”
Leha ketawa kecil mendengar keluhan Kiah.
“Eh! Ketawa pulak? Orang betul-betul bingung ni, tau?” Tingkah Kiah tak puas hati dengan gelagat Leha yang mentertawakannya.
“Kiah, kita bukan disuruh pilih benda rahsia dalam kotak yang dibalut dan diikat dengan tali yang disimpul mati…”
“Maksud kau…?”
“Calon-calon yang bertanding tu kita boleh tahu serba serbi tentangnya: latar belakang, keluarga, kelulusan, kepakaran, pengalaman, manifesto yang dikemukakan, dengan siapa dia berkerjasama, macam-macam lagi. Search je…”
“Betul juga kata kau tu…”
“Ha, tau tak apa,” balas Leha diikuti dengan ketawa.
“Kalau kita dah tahu semua maklumat tu, apakah ciri-ciri yang patut kita utamakan?”
“Bukankah kita dah bincang masa PRU lepas? Tak kan kau dah lupa, kawan…”
“Aku ingat, tapi tak salah kita bincang lagi, bukan?”
“Lain kalilah kita sembang ye! Ajak kawan-kawan yang lain sekali, ok?”
“Baik, boss…” Kiah terpaksa akur dengan hati yang berat. Hatinya belum. Banyak lagi persoalan yang bermain dalam kepalanya. Bukan hanya soal ciri-ciri calon, tapi bermacam-macam lagi.
Sembang pagi itu berakhir di situ. Kiah dan Leha masuk ke dalam rumah masing-masing setelah kerja mereka selesai.
Bersambung…
Comments
Post a Comment