Posts

SYARAT AHLI PAN NAK MASUK PAS

  “Apa yang dimusykilkan tu, Am? Nampak berkerut je?” Tegur Haji Faisol. “Am tengah baca satu status di FB seorang ustaz ni, Abah” Jawab Amru sambil berjalan ke tempat Haji Faisol yang sedang membaca akhbar terbitan partinya. “Cuba Abah baca ni” Amru menghulukan telefon bimbitnya kepada Haji Faisol dan mengisyaratkan kepada satu status yang berbunyi:  “Syarat ahli Pan nk masuk pas  1.  Mohon maaf kpd semua ahli dan TGHH 2.  Istighfar 3x 3.  Mengucap 2 kalimah syahadah”   “Hah... apa masalahnya?” Sergah Haji Faisol setelah membaca status itu baris demi baris. “Emmm Am tak faham kenapa ustaz cakap macam tu? Kenapa kalau ahli pan nak masuk pas kena mengucap? Selama ini Am tak pernah dengar orang nak masuk parti politik kena mengucap?”  Soal Amru lambat-lambat. Dia benar-benar tidak mengerti. “Am tahu tak ahli pan tu apa?” Soal Haji Faisol menduga. “Entah?” Amru menggeleng. “Kalau Am nak tahu, mereka itu pernah menjadi ahli parti Islam. Sama-sama berj...

MATI KAFIR?

  Haji Qasim tergesa-gesa keluar dari masjid dengan wajah yang mencuka diekori oleh pengikut setianya, Murad. Mereka singgah di restoran berhampiran untuk bersarapan.    “Kenapa kita tidak ikut solat jenazah bersama jemaah, Qasim?” Soal Murad sambil menghirup teh tarik. Haji Qasim memandang tepat ke wajah Murad. “Kalau engkau nak solat, pergilah...!” Bentak Haji Qasim dengan suara yang tinggi. Murad terperanjat. Dia meletakkan cawan teh tarik yang sedang dipegangnya ke atas meja sambil memandang dengan wajah yang blur ke arah Haji Qasim. “Kenapa diam? Pergilah!” “Aku tanya engkau. Kenapa tiba-tiba marah pulak?”   “Engkau tahu tak, mayat siapa yang disembahyangkan tu?” sergah Haji Qasim dengan nada yang tinggi. “Tahu!” jawab Murad sepatah. “Engkau tahu tak dia tu mati bunuh diri?” Murad terpinga-pinga.   “Orang mati bunuh diri, hukumnya murtad. Jatuh kafir. Tak boleh disembahyangkan!” sambung Haji Qasim dengan suara yang tegas. Murad terlopong. Dia seperti cuba m...

SEMBANG CIK KIAH

“Leha, ada berita sensasi lah!” Ujar Kiah dengan gaya orang nak membawang “Berita apa pulak, Kiah?” Sahut Leha acuh tak acuh seolah-olah boleh membaca apa yang hendak diberitakan oleh jirannya itu. “Ada perlantikan baru, penasihat khas PM bertaraf Menteri!” Kiah menjawab. Dia mencemikkan bibir menggambarkan perasaan tidak puas hati dengan perlantikan itu. “Hemm… itulah kreativiti dan inovasi PM  yang disayangi dan disanjungi ramai ni…” sahut Leha dengan nada mengeluh. “Apa kau cakap? Inovasi?” tingkah Kiah. Bola matanya bulat menikam wajah Leha. “Ye lah, buat perkara yang orang lain tak buat sebelumnya. Ada Menteri kanan, duta khas bertaraf Menteri, satu kementerian dipecah kepada dua atau tiga, setiap kementerian ada satu Menteri dengan satu atau dua timbalan. Dan terkini penasihat khas bertaraf menteri pula” bebel Leha “Bukankah itu membazirkan duit rakyat namanya? Berapa banyak duit rakyat digunakan untuk bayar gaji dan elaun semua tu?” soal Kiah seperti tidak bersetuju dengan k...

ISLAM TIDAK MENGAMBIL KIRA MAJORITI?

Ustaz Nasir menamatkan kuliah subuh yang dijalankan secara atas talian tepat jam 7.30 pagi. Kuliah subuh bulanan yang telah berjalan sekian lama di masjid Raudhah al-Muqarrabin tidak dapat diteruskan kerana PKP. Namun para Jemaah tidak patah semangat. Mereka sepakat untuk meneruskan juga secara atas talian melalui platform google meet. Sebahagian Jemaah telah keluar dari talian. Sebahagian masih menunggu, cuba mengintai peluang untuk bertanya soalan. “Ustaz, bolehkah kalau saya hendak mengemukakan satu soalan? Tak ada kaitan dengan kuliah yang Ustaz sampaikan tadi. Tapi berkenaan isu semasa.” Haji Faisal bersuara. “Awak nak tanya apa lagi, Haji? Ustaz dah tutup majlis dengan tasbih kaffarah tadi.” Haji Saleh menyahut. “Tak mengapa, Haji. In syaa Allah saya boleh tunggu. Apa soalannya, Haji?” balas Ustaz Nasir. “Tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang, PM kata dia ada majoriti, pembangkang kata PM tak ada majoriti. Macam mana sebenarnya?” Haji Faisal mengemukakan kemusykilannya. “...