Posts

Showing posts from December, 2021

DIALOG MAKCIK KIAH DENGAN KAWAN-KAWAN

  MakCikKiah (MCK) : Tipah, suami awak pernah tak bagi tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka makan? MakCikTipah (MCT) : (Termenung seketika, kemudian berkata dengan memek muka yang berkerut-kerut) : seingat saya, tak pernah. Apa-apa yang saya masak dia melantak je. MCK : habis tu, macam mana awak tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka? MCT : saya tengok pada cara dia makan lah. Kalau nampak berselera dan menambah-nambah tu, maknanya dia suka. Kalau nampak slow dan tak minta tambah, maknanya tak suka lah tu. MakCikLeha (MCL) : (yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyampuk) mana yang lebih senang untuk kita, dia bagi tahu siap-siap atau kita agak-agak sendiri macam Tipah tu? MCT : tentulah kalau bagi tahu awal-awal tu lebih senang untuk kita. Tak payah nak fikir dan cuba itu ini. Buat aje apa yang dia suka. MCK mengangguk-angguk tanda setuju. MCL : awak tahu tak? Sebenarnya itulah yang Allah SWT lakukan. Dia telah senaraikan semua yang Dia suka dan semua yang Dia ...

MENYERAHKAN TUGASAN KEPADA YANG LAYAK

“Assalamu’alaikum…” Ustaz Nasir memulakan kuliah subuhnya dengan memberi salam kepada beberapa orang Jemaah yang duduk berjauhan antara satu sama lain kerana mematuhi SOP. “Wa’alaikumus-salam…” jawab mereka serentak dengan nada yang perlahan. “Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun dalam suasana PKP kita masih boleh teruskan kuliah kita seperti biasa. Mudah-mudahan Allah redha kepada kita dan angkat bencana yang menimpa seluruh dunia ini dengan segera…” “Aamiin…” sahut para jemaah. “Apa tajuk kuliah pagi ini, Ustaz?” soal Haji Saleh. “In syaa Allah kita akan sambung tafsir surah an-Nisaa’. Siapa masih ingat, minggu lepas kita berhenti pada ayat ke berapa?” “Ayat ke-4, Ustaz.” Burhan menyahut dengan pantas. “Bagus. Jadi, hari ini kita sambung ayat ke-5.” Ustaz Nasir membaca ayat ke-5 dan membaca terjemahannya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada sufahaa’ akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pe...