Posts

Showing posts from September, 2021

BERBOHONG DIHARAMKAN KE ATAS ORANG AWAM SAHAJA?

  “Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah, in syaa Allah pada pagi ini kita sambung pengajian Kitab Riadhus-Solihin bab haram berbohong” Ustaz Nasir memulakan kuliah dhuhanya selepas memberi salam, memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sebagaimana kebiasaan penceramah dan pengkuliah memulakan penyampaian mereka.   Lalu beliau membacakan hadis-hadis berkaitan dengan haram berbohong serta siksaan yang bakal diterima oleh mereka yang berbohong di akhirat kelak.   Antara hadis yang dibacakan ialah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:  “Sesiapa yang berkata dia bermimpi dengan sesuatu mimpi padahal dia tidak bermimpi, diperintahkan supaya dia mengikat, mencantumkan antara dua biji gandum, namun dia tidak mungkin dapat melakukannya.....”   “Hadis ini mengenai orang yang berbohong mereka-reka mimpi. Biasanya bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai kepada dirinya atau supaya orang ramai le...

PENGIKUT PH TIDAK ADA RUJUKAN

  “Mama dan Abah sihat?” Tegur Kak Long sambil menghulurkan segelas jus epal kepada adiknya yang baru sampai. “Alhamdulillah sihat. Mereka kirim salam kepada Kak Long dan Abang Long,” jawab Amru. “Alaika wa alaihimas-salam.”    “Am cerita tak kepada Abah apa yang kita bincang hari tu?” “Cerita. Semua Am cerita.” “Abah kata apa?” soal Kak Long. Begitu teruja ingin mendengar reaksi Abah tentang apa yang disyarahkan kepada Amru bulan lepas. “Abah diam saja. Tapi...” “Tapi apa, Am?” “Sekarang Abah tak sebut pan dah. Dia sebut amanah.” “Ya? Alhamdulillah....” sahut Kak Long penuh gembira. Setidak-tidaknya Abah telah dapat mengatasi perasaan tidak suka kepada parti yang Kak Long sertai itu. Abah sudah dapat menyebut namanya dengan betul.  “Syukur sangat-sangat.” luah Kak Long.   “Isu apa yang Am nak bincang dengan Kak Long hari ni?” Tanya Kak Long. Senyuman masih mekar di bibirnya mengingatkan perubahan sikap abah yang Amru ceritakan. “Ni ha.....

RAJA MESIR DAN NABI YUSUF

  “Apa tajuk kuliah kita pagi ini, Ustaz?” Tanya Haji Seman, selapas Ustaz Nasir memberi salam untuk memulakan kuliah subuhnya. “Eh kamu ni Seman, tak sabar-sabar.” Sergah Haji Sabran. “In syaa Allah pagi ini kita akan sambung kisah Nabi Yusuf a.s.”  “Bagus tu...” Sampuk beberapa orang jemaah serentak.   Ustaz Nasir pun memulakan kuliahnya dengan menyebut secara ringkas kisah yang telah dihuraikan sebelumnya. Kemudian barulah beliau menyambung...   Apabila Raja Mesir berkata kepada Nabi Yusuf a.s.: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ". ( Yusuf 12:54 )   Dan Nabi Yusuf a.s. menjawab: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". ( Yusuf 12:55 )   Maka bermulalah Nabi Yusuf a.s. memikul tanggungjawabnya yang berat serta berjaya melaksanakan amanah yang digalasny...

KERAJAAN PN TELAH BUAT YANG TERBAIK DEMI RAKYAT DAN NEGARA

(Sebuah cerpen seputar isu semasa) Leha merenung telefon bimbit di tapak tangan kirinya. Sesekali dia menyentuh skrin dengan jari kanan, menolak dan menaikkan ke atas dan ke bawah sambIl merenung mesej-mesej yang terpapar di skrin. Dibacanya mesej-mesej itu satu persatu. “Heh! Buat apa khusyuk sangat? Sampaikan orang bagi salam dua kali pun tak jawab!” tiba-tiba jirannya, Kiah menyergah di muka pintu. Leha tersentak. “Eh, engkau Kiah? Macamana engkau buka pintu rumah aku tanpa minta izin?” “Aku cuba pulas tombol pintu ni, tak berkunci. Aku bukalah sikit. Nampak engkau tengah mengendap hand phone….” “Masuklah…” pelawa Leha dengan mesra. “Aku masak bubur kacang tadi. Teringat engkau suka. Aku bawalah ni…” “Terima kasih, Kiah. Engkau memang jiran yang sangat baik” Leha menyambut mangkuk berisi bubur kacang yang dihulurkan oleh Kiah. Leha meletakkan mangkuk di atas meja. Kedua-duanya duduk dengan menjaga jarak. “Lain kali engkau jangan buat macam ni lagi tau? Kalau aku tak dengar engkau ba...

PEMIMPIN BODOH

ALLAH MEMERINTAHKAN KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SESUATU URUSAN KEPADA AHLINYA “Assalamu’alaikum…” Ustaz Nasir memulakan kuliah subuhnya dengan memberi salam kepada beberapa orang Jemaah yang duduk berjauhan antara satu sama lain kerana mematuhi SOP. “Wa’alaikumus-salam…” jawab mereka serentak dengan nada yang perlahan. “Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun dalam suasana PKP kita masih boleh teruskan kuliah kita seperti biasa. Mudah-mudahan Allah redha kepada kita dan angkat bencana yang menimpa seluruh dunia ini dengan segera…” “Aamiin…” sahut para jemaah. “Apa tajuk kuliah pagi ini, Ustaz?” soal Haji Saleh. “In syaa Allah kita akan sambung tafsir surah an-Nisaa’. Siapa masih ingat, minggu lepas kita berhenti pada ayat ke berapa?” “Ayat ke-4, Ustaz.” Burhan menyahut dengan pantas. “Bagus. Jadi, hari ini kita sambung ayat ke-5.” Ustaz Nasir membaca ayat ke-5 dan membaca terjemahannya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada sufahaa’ akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kam...

SEMBANG CIK KIAH 1

“Leha, engkau dah tengok tak berita ni?” Soal Kiah sambIl mengunjukkan telefon bimbitnya kepada Leha. “Berita apa?” Leha bertanya sambIl matanya melihat sepintas lalu ke arah telefon bimbit di tangan Kiah. “Ni… engkau tengok la betul-betul.” Kiah mendekatkan lagi telefon bimbitnya ke muka Leha. Leha mengerutkan dahi, memecengkan mata ke arah berita yang terpapar di skrin telefon bimbit Kiah. “Engkau pasti ke berita itu benar, Kiah?” “Akhbar rasmi mereka yang siarkan. Takkan akhbar sendiri nak fitnahkan pemimpin dia pulak?” “Itu gambar. Bukan link yang sebenar. Gambar, orang boleh buat, Kiah…” Leha memberi peringatan. Hatinya sukar mempercayai apa yang tertulis di muka depan akhbar HD itu (PAS RELA KONGSI KEBODOHAN, sedia memikul beban bersama PM Muhiyddin yg dilabel bodoh oleh rakyat) “Hemm… tak tahulah,” keluh Kiah, “tapi kalau betul macam mana?” sambungnya. “Aku pun tak tahu nak kata lah…” jawab Leha sambal menarik nafas, “takkan mereka taksub sampai begitu sekali?” “Kalau berita ni ...