Posts

Showing posts from August, 2021

KITA BERSAUDARA

  “Kenapa abang beria-ia sangat hendak pergi ke rumah adik abang tu?” “Saja teringat... lama tak jumpa” “Bukankah selama ni abang selalu mengelak darinya?” “Itu dulu... sekarang lain, Pah.” “Apa yang lain, bang?” “Sekarang parti kita mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera. Malah telah bergabung dengan parti dia dalam muwafakat nasional!” jelas Haji Kasim “Ooo...” Makcik Tipah mengangguk sambil meneruskan kerjanya. Dia memang tak ambil pusing sangat tentang perkembangan parti-parti politik. Namun sekali sekala dia layan juga dengar apa yang diceritakan oleh suaminya.   “Awak, betul tak nak ikut saya  ni ?”  tanya Haji Kasim untuk kepastian. “Ikut hati memang nak  juga pergi , bang. Tapi saya dah janji dengan Kiah dan Leha, mereka nak bawa budak-budak muda datang untuk belajar masak kuih tradisional. Maklumlah budak-budak muda sekarang hanya tahu masak kuih-kuih moden saja. Kalau tak diajar betul-betul nanti,  pupuslah  masakan tradisiional yang...

PARTI SUCI

  Di sebuah restoran berhampiran dengan masjid. Beberapa jamaah berkumpul selepas menunaikan solat subuh. Itulah kelaziman mereka pada hari tidak bekerja.   Haji Kasim begitu bersemangat menceritakan tentang muktamar yang baru dihadirinya. Mukatamar yang disifatkannya paling bersejarah kerana kali pertama diadakan selepas partinya berjaya menerajui kerajaan pusat dengan kerjasama beberapa parti yang lain. Meskipun musuh-musuh politik memanggilnya  kerajaan pintu belakang, kerajaan tebuk atap, bagi ahli-ahli partinya ia adalah satu kejayaan besar hasil kebijaksanaan presidennya mengatur strategi luar biasa yang tidak terjangkau oleh orang kebanyakan.   Kawan-kawan yang mendengar menunjukkan reaksi yang pelbagai. Ada yang mengangguk-angguk, melopongkan mulut, mengerutkan dahi dan ada yang buat acuh tak acuh.   “Pada pendapat aku, parti kamu tu dah melampau lah, Kasim...!” Secara tiba-tiba Haji Seman bersuara. Walaupun perlahan tetapi ia seolah-olah petir...

SYARAT AHLI PAN NAK MASUK PAS III

“Mari kita makan sate, Am. Kak Long singgah beli tadi. Satu bungkus ni lagi Kak Long beli untuk Mama dan Abah. Am bawa balik nanti ye!” Sambil menikmati sate, mereka sambung perbincangan. “Kak Long betul ke tak rasa apa-apa dengan status tu?” “Dalam keadaan biasa, semua yang ditulis itu baik, Am. Meminta maaf adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama kita. Malah kita diharamkan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, bukan? Beristighfar juga adalah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan. Bukan 3 kali, malah Rasulullah s.a.w. sendiri beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Begitu juga dengan mengucap. Kita mengucap setiap kali menunaikan solat semasa tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.” Kak Long berhenti seketika. Dia memerhati Amru yang begitu berselera meratah sate. “Am dengar tak apa yang Kak Long cakap tadi?” “Dengar, Kak Long,” jawab Am sambil mengunyah sate, “Sedap sangat la sate yang Kak Long beli ni...” “Itu yang Kak Long beli. Kalau masak sendiri, lagi terangkat...W...

SYARAT AHLI PAN NAK MASUK PAS II

  “Kenapa nampak moyok adik Kak Long ni? Tak ada duit nak beli top up ye?” Tegur Kak Long dengan nada bergurau setelah adiknya masuk, duduk dan menghabiskan segelas jus limau yang dihidangkannya. “Ala Kak Long ni, mentang-mentang la orang pernah minta duit dengan dia untuk beli top up, itu la yang dia ingat. Tapi, kalau nak bagi apa salahnya. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil Am tadahkan” sahut Amru membalas gurauan Kak Long disambut dengan ketawa mesra kedua-duanya. “Sebenarnya Am ada masalah besar ni, Kak Long.” “Masalah besar? Apa dia? Am putus cinta ye?” Kak Long membuat telahan dengan nada seperti terkejut. “Merepek lah Kak Long ni. Mana pulak putus cinta? Bercinta pun tidak. Kak Long juga yang pesan, jangan bercinta sebelum kawin, bukan?” Kak Long tergelak kecil. “Am risaukan tentang Kak Long...” “Hah? Kenapa? Kak Long ok je ni?” Soal Kak Long. Kali ini dia benar-benar terkejut dan hairan mendengarnya.  “Am takut ...” kata-katanya tersekat di situ. “...